MENU

SOALAN 1

Apa Itu Cukai Taksiran?

  • Cukai Taksiran atau Cukai Pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran MPKj seperti :
    a) Rumah Kediaman
    b) Bangunan Perniagaan dan Industri
    c) Tanah/Lot Kosong

SOALAN 2

Berapa Lamakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran?

  • bagi 1/2 tahun pertama
    1 Januari hingga 28(29) Februari
  • bagi 1/2 tahun Kedua
    1 Julai hingga 31 Ogos;
  • Pemilik juga boleh membuat pembayaran untuk setahun bagi tahun berkenaan. Sekiranya pemunya/pemilik gagal mematuhi tempoh bayaran seperti di atas, caj lewat akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

SOALAN 3

Tindakan Jika Gagal Membayar Cukai Taksiran Selepas Tempoh Yang Ditetapkan

  • Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Majlis boleh menyita dan melelong harta alih yang dipunyai pada pemegang tersebut, mengeluarkan saman sehingga menyebabkan pemilik pegangan diisytiharkan muflis atau melelong hartanah pemilik berkesan.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 8:28am