MENU

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang telah ditubuhkan di bawah Akta Penubuhan 1966 dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dengan nombor rujukan : PPM/SEL: 651/81 dan PPP/SEL:83/1.

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang yang lebih dikenali sebagai KSK MPKj merupakan sebuah persatuan yang telah ditubuhkan khusus untuk menjaga kepentingan dan kebajikan Ahli terutama     dalam bidang sukan, sosial dan rekreasi di samping menyediakan bantuan kepada ahli-ahli yang bermasalah dari segi kewangan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) melalui kelab-kelab  di bawah naungan KSK dan telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang berkebolehan dalam pelbagai bidang seperti sukan dan sebagainya. Kelab-Kelab di bawah naungan KSK adalah seperti yang dilampirkan.Selain daripada itu, ia juga dapat merapatkan silaturrahim di antara ahli-ahli apabila sesuatu aktiviti dijalankan.

Kelab ini juga menjaga kebajikan ahli dengan memberikan pinjaman dari segi kewangan kepada ahli yang bermasalah. Di samping itu, kelab juga menyediakan sumbangan kewangan kepada ahli dan keluarga yang berjaya dalam bidang pendidikan, khairat kematian, ahli yang bersara dan sebagainya.Kelab-kelab di bawah naungan KSK juga telah menjalankan aktiviti yang melibatkan ahli-ahli Kelab. Di samping menjalankan aktiviti untuk ahli – ahli Kelab, pihak Kelab juga memberi kerjasama dengan terlibat dalam program-program mesra rakyat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang yang dianjurkan oleh pihak Majlis. Selain daripada itu, pihak Kelab juga terlibat dalam menjayakan sambutan hari perayaan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 11 Oktober 2019 - 5:48pm