MENU

MAKLUMAN

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TELAH MEMBANGUNKAN SISTEM OSC 3 PLUS ONLINE DENGAN KERJASAMA PIHAK MAMPU, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN PERBADANAN PUTRAJAYA (PPJ) BAGI TUJUAN MEMUDAHKAN URUSAN PENGEMUKAAN PELAN PEMAJUAN MENGGANTIKAN SISTEM OSC ONLINE SEDIA ADA. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) MERUPAKAN ANTARA SEMBILAN (9) PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PERINTIS SISTEM OSC 3 PLUS ONLINE.

SEHUBUNGAN ITU, PERMOHONAN BAHARU PERMIT PEMAJUAN ( KEBENARAN MERANCANG, PELAN INFRASTRUKTUR DAN PELAN BANGUNAN ) YANG MASIH BELUM MENDAPAT KELULUSAN PERLU MENGEMUKAKAN PERMOHONAN MELALUI SISTEM MELALUI LAMAN SESAWANG BERIKUT IAITU https://osc3plus.kpkt.gov.my. WALAUBAGAIMANAPUN PERMOHONAN MELALUI SISTEM OSC 3 PLUS INI HANYA AKAN BERKUATKUASA SELEPAS SESI TEACH IN KEPADA SEMUA PRINCIPAL SUBMISSION PERSON (PSP), AGENSI TEKNIKAL DALAMAN (ATD) DAN AGENSI TEKNIKAL LUARAN (ATL) DILAKSANAKAN OLEH PIHAK OSC .  TARIKH KUATKUASA SISTEM OSC 3 PLUS INI AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.

HARAP MAKLUM.

UNIT OSC
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 22 November 2019 - 5:33pm