MENU

Sukaneka Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang 2019 telah diadakan pada 13hb. Julai 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Taman Mesra Kajang. Program ini dianjurkan Majlis Perbandaran Kajang.

Sukaneka kanak-kanak taska ini bertujuan untuk membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Disamping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

Sebanyak 120 orang yang hadir iaitu kanak-kanak taska, guru taska, ibu bapa, anak-anak dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah acara sukaneka termasuk acara dewasa.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat membina sifat jasmani dan sosial, memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta seperti yang diingini.

sukaneka

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 11 Oktober 2019 - 5:48pm