MENU

Program Ziarah Muhibah Majikan Prihatin Majlis Perbandaran Kajang 2019 telah diadakan pada 29hb. Mei 2019 dan 30hb. Mei 2019 (Rabu-Khamis) di Kediaman Pesara Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini dianjurkan ialah memberi peluang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dan pegawai-pegawai kanan menyantuni pesara-pesara MPKj dengan menghulurkan sedikit sumbangan keperluan barangan makanan asas harian dan menghargai golongan pesara sebagai warga emas yang telah berjasa dalam perkhidmatan di MPKj.

Aktiviti yang turut diadakan ialah penyerahan sumbangan Aidil Fitri, pemeriksaan kesihatan pesara daripada Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) serta sesi beramah mesra dan bergambar sebagai kenangan.

Pihak yang terlibat sama ialah Dato’ Yang Dipertua, Tuan Timbalan Yang Dipertua, pegawai-pegawai, kakitangan dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, semoga dengan adanya program sebegini dapat menghubungkan semula majikan dengan kakitangan setelah tamat tempoh perkhidmatan kakitangan MPKj.

ziarah

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 September 2019 - 9:56am