MENU

Program DIY Pejalan Kaki (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 9/2017 telah diadakan pada 24hb. Ogos 2017 (Khamis) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk melatih kanak-kanak taska melakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.

Aktiviti ini menggunakan simen, coil dan batu hiasan. Selain dari cara biasa seperti meletakkan tile, batu dan rumput, salah satu yang menarik adalah meletakkan susunan batu sungai untuk dijadikan batu reflexology sebagai tempat pijak yang berfungsi untuk kesihatan badan. Susunan batu ini tidak sekadar disusun seperti biasa yang berterabur dan kurang menarik, ianya juga boleh didekorasikan kepada pelbagai susunan dan rekabentuk yang mempersonakan. Ianya boleh menjadi satu tarikan istimewa yang mampu mengindahkan ruang pejalan kaki mahupun lantai halaman atau taman.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

diy

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 8:28am