MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Mesyuarat Dan Bengkel Jawatankuasa Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)  Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2018 pada 28hb November 2018 di Hotel Bangi – Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Seramai 23 orang ahli AKRAB MPKj telah menghadiri program ini.

Program dimulakan dengan ucapan pengerusi, pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembentangan Jawatankuasa AKRAB MPKj 2018 – 2020 dan hal – hal lain. Selain itu terdapat pembentangan secara berkumpulan bagi pelaksanaan ahli AKRAB yang mewakili jawatankuasa masing - masing.

Diharap dengan adanya program ini, ianya dapat memenuhi standard kualiti pelaksanaan Program AKRAB dan Program Pementoran Di Majlis Perbandaran Kajang.

akrab

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 November 2019 - 5:54pm