MENU

Pada 8 Disember 2014 (Isnin) telah diadakan satu majlis bagi meraikan Yang Berbahagia Dato’ Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersempena dengan persaraan beliau yang jatuh pada 9 Disember 2014.

Beliau telah berkhidmat sebagai kakitangan awam selama hampir 37 tahun dan menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua MPKj selama 7 tahun bermula pada tahun 2007. Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu turut dihadiri oleh para jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan dalam daerah Hulu Langat, ketua-ketua agensi yang bekerjasama dengan MPKj serta kakitangan-kakitangan MPKj. Majlis pada pagi itu diakhiri dengan jamuan minum pagi.

Pada jam 11.30 pagi, Yang Berbahagia Dato’ Yang DiPertua diarak menaiki kereta kuda mengelilingi Bandar Kajang sebagai menghargai masyarakat di Pekan Kajang dan terus menuju ke Dataran Cergas Kajang sambil diiringi oleh Kumpulan Berbasikal MPKj. Pada jam 12 tengahari, Yang Berbahagia Dato’ Yang DiPertua telah membuat pelancaran “Love Corner” di Dataran Cergas Kajang dan Majlis diakhiri dengan jamuan Makan Tengahari.

pic

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:43am