MENU

Pada 1hb. Ogos 2019, satu lawatan delegasi AKRAB, Mentor dan Menti Majlis Perbandaran Kajang ke Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya telah diadakan. Seramai 33 orang kakitangan telah menghadiri lawatan ini.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengisi program lawatan luar membabitkan kakitangan AKRAB dan Mentor Menti MPKj. Pelawat akan dibawa melawat bukan sahaja pusat percetakan bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan Al-Quran. Antara tempat yang dilawati ialah Galeri Mushaf Malaysia, Galeri Mushaf Antarabangsa, Galeri Hiasan Dalaman dan Pusat Percetakan.

Semoga dengan adanya lawatan ini dapat menambah pengetahuan kepada ahli AKRAB, Mentor dan Menti MPKj.

lawatan

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Oktober 2019 - 10:44am