MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Kursus Terapi Minda pada 1 Oktober 2019 dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).  Kursus diadakan di Dewan Seri Cempaka, MPKj dan telah dihadiri seramai 30 orang kakitangan MPKj yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan sokongan. Kursus dikendalikan oleh Puan Ratna Safura Binti Kamal Shari dan Encik Fairul Bin Desa.

Kursus ini bertujuan mengukuhkan semangat berpasukan dan meningkat motivasi serta secara tidak langsung membantu kakitangan MPKj mengurangkan tekanan dengan berkesan demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ujian personaliti diri , aktiviti berkumpulan dalam melayari kehidupan dan sesi terapi tarian.

Adalah menjadi harapan agar melalui kursus ini, dapat membantu peserta untuk meningkatkan emosi yang positif dengan mengenal personaliti diri dan hubungan bersama keluarga serta organisasi bagi mengharungi cabaran dalam kehidupan. Program ini juga adalah sebagai salah satu pendekatan Unit Integriti dalam mengenal masalah yang dialami oleh kakitangan serta meningkatkan semangat bekerja dalam organisasi. Mengenal masalah yang dialami oleh kakitangan Unit Integriti juga menggunakan Kursus “ Terapi Minda ” sebagai satu medium untuk mengubah serta mencegah kakitangan melakukan kesalahan disiplin.

terapiminda

Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Oktober 2019 - 4:38pm