MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Kursus Pengurusan Buku Log Kenderaan pada 20 November 2019. Kursus diadakan di Mini Teater Seri Cempaka Telur, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang. Kursus dihadiri seramai 34 orang penyelia kenderaan dan pemandu Jabatan.  Kursus ini disampaikan oleh Penceramah Encik Razman bin Sabtu, Ketua Jurutera Mekanikal dan Fasilitator Encik Mohd Ramady bin Md Zainul, Penolong Jurutera Mekanikal dari Jabatan Kerja Raya.

Tujuan kursus ini diadakan untuk menambah pengetahuan dan kaedah merekod buku log dengan betul. Pengurusan buku log kenderaan ini juga membantu dari segi kawalan secara efisyen dan sistematik bagi pengwujudan, penerimaan, penyelenggaraan, penggunaan buku log. Kawalan ini termasuk memelihara bukti dan maklumat dalam bentuk rekod mengenai aktiviti dan transaksi sesebuah organisasi. Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus ini berlangsung adalah perbincangan secara berkumpulan dan juga sesi soal jawab bersama penceramah, bagi menggunapakai cara merekod yang betul dan mempraktikkan pengurusan dan rekod semasa kursus berlangsung.  

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input yang positif kepada pemandu dan penyelia dan membantu meningkatkan prestasi pengurusan buku log kenderaan di Majlis Perbandaran Kajang.

bukulog

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Disember 2019 - 9:24am