MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Program Pementoran Majlis Perbandaran Kajang pada 17hb. Oktober, 2019.  Bengkel diadakan di Dewan Seri Cempaka, MPKj dan dihadiri seramai 36 orang kakitangan yang terdiri daripada mentor, menti dan ahli AKRAB MPKj.

Bengkel disampaikan oleh Encik Rinatho bin Nunchi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Penceramah membimbing peserta program pementoran dalam menulis laporan pelaksanaan sepanjang program pementoran yang telah dilaksanakan dalam tahun 2019.

Diharap dengan adanya bengkel ini para peserta dapat mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai dan meningkatkan pembangunan dan kompetensi professional, budaya, peribadi dan sosial serta berpotensi dalam pengembangan kerjaya dan sahsiah.

mentor

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 November 2019 - 6:33pm