MENU

Pihak Kelab sentiasa peka dengan masalah ahli kelab dan bersedia memberikan bantuan pinjaman kewangan, sumbangan kepada ahli kelab yang sakit, kemalangan, ditimpa bencana, menimang cahaya mata, berkahwin, bersara serta sumbangan kepada ahli kelab yang mempunyai anak yang cemerlang dalam pendidikan dan lain-lain.

 

SUMBANGAN KEBAJIKAN OLEH KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

BIL
PERKARA
JUMLAH ( RM )
CATATAN
1.
Sumbangan Perkahwinan

150.00

  1. Terhad untuk sekali permohonan sepanjang perkahwinan perkhidmatan;
  2. Dokumen yang diperlukan :
  • Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh berkahwin. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
2.
Sumbangan Persaraan

500.00
 

  1. Dokumen yang diperlukan :
  • Borang Permohonan
  • Salinan Surat Pengesahan Bersara
3.
Sumbangan Kelahiran
150.00
  1. Dokumen yang diperlukan :
  • Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelahiran. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
4.
Sumbangan Kematian
Kematian Ahli
  • 1,000.00
Kematian Suami/Isteri/Anak
  • 500.00
Kematian Ibu/Bapa
  • 250.00
  1. Dokumen yang diperlukan :
  • Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan (sekiranya si mati adalah isteri atau suami)
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (sekiranya si mati adalah ibu pemohon)
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelahiran. Permohonan selepas tempoh 12 bulan akan ditolak.
  2. Permohonan untuk kematian ibu/bapa adalah terhad untuk ibu/bapa kandung sahaja.
5.
Sumbangan Kemalangan/ Sakit
150.00
  1. Terhad untuk Ahli Sahaja
  2. Ahli telah dimasukkan ke wad hospital untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari
  3. Jumlah sumbangan akan diputuskan oleh Mesyuarat AJK KSK, MPKj
  4. Dokumen yang diperlukan :
  • Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Cuti Sakit
  • Salinan bukti kemasukkan di wad, hospital
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kemalangan/sakit. Permohonan selepas tempoh 3 bulan akan ditolak.
6.
Sumbangan Bencana
150.00
  1. Terhad untuk Ahli Sahaja
  2. Bencana termasuk ribut, kebakaran dan tanah runtuh
  3. Jumlah sumbangan akan diputuskan oleh Mesyuarat AJK KSK, MPKj
  4. Dokumen yang diperlukan
  • Borang Permohonan
  • Salinan gambar kejadian
  • Salinan Laporan Polis
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan polis. Permohonan selepas tempoh 3 bulan akan ditolak

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 22 November 2019 - 5:33pm