MENU

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang telah  menjalankan aktiviti yang melibatkan kakitangan MPKj dan juga penduduk setempat melalui Majlis Perwakilan Penduduk ( MPP ).

Tujuan aktiviti dijalankan bersama  dengan penduduk di kawasan pentadbiran MPKj adalah bagi merapatkan silaturrahim di antara kakitangan MPKj bersama dengan penduduk-penduduk.

Selain daripada itu, banyak aktiviti dijalankan di luar kawasan pentadbiran MPKj. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan mengenal dunia luar. Pihak Kelab juga masih menghantar kontigen / pasukan untuk menyertai kejohanan dan pertandingan sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan mahupun pihak swasta.

Aktiviti kelab yang dijalankan adalah berdasarkan kepada aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab di bawah pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan, MPKj.
Antara aktiviti Kelab yang telah dianjurkan oleh KSK adalah seperti di lampiran.

TAHUN 2013

BIL

AKTIVITI

BULAN

1

 Pemberian cenderahati kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada setiap bulan

Setiap bulan

2

 Sumbangan kebajikan seperti kelahiran, perkahwinan, kematian dan sebagainya.

Setiap bulan

3

 Sukan 3 Penjuru Anjuran KSK MPKj

15/2/2013

4

 Pertandingan Bola Sepak Persahabatan MPKj dan Majlis Daerah Tanah Merah

8/3/2013

5

 Temasya Sukan Muhibah Laskar Wizurai Diploma Pengurusan Awam

6/4/2013

6

 Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ( HASCUP 2013 )

10-12/5/2013